Refleksi minggu ke-5

Minggu ini merupakan permulaan bermulanya kelas tutorial. En Md. Yusoff merupakan guru tutor kami di makmal komputer 3.

Awal permulaan kelas beliau telah menerangkan tugasan-tugasan yang perlu kami lakukan bagi memenuhi kehendak subjek Teknologi dalam pendidikan ini. Kemudiannya kami diberi penerangan mengenai wordpress, blog serta blogspot. Beliau menggalakkan pelajar untuk berkongsi ilmu dengan menanyakan soalan kepada pelajar tentang pentingnya blog dalam kehidupan seorang pendidik. Blog menjadi tempat bagi para pelajar serta para pendidik untuk berkongsi ilmu serta memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran itu berlaku. Seterusnya kami diajar tentang bagaimana untuk membuat wordpress. Pertamanya kami perlu mendaftarkan diri terlebih dahulu dengan “sign up” di wordpress. Selepas itu kami di ajar tentang cara memilih theme, bagaimana untuk ‘post’, widget, sidebar, upload gambar, RSS, dan banyak lagi. Beliau mempraktikkan pengajaran dengan menunjukkan cara untuk membuatnya di hadapan kelas dan kemudian memantau pelajar-pelajar agar tidak ada seorang pun yang tertinggal. Bagi saya, sikap sebegini  sangat bagus bagi seorang pendidik kerana pelajar akan merasakan diri mereka lebih dekat dengan pengajar malah mereka tidak akan ketinggalan dalam proses pengajaran tersebut.

Thumbs up!

About khadijahsani

im 21 years old. born on 19 august 1990 at 5.45 am. now studying at National University Of Malaysia taking degree in education (major in physics and minor in Mathematics). View all posts by khadijahsani

Leave a comment